Khamis, 24 Mac 2011

Tips Penjagaan Kek Lapis

Membungkus dengan aluminium foil

Ramai antara kita yang tidak begitu pasti bagaimana hendak mengekalkan kesegaran dan supaya kek lapis yang kita beli itu tahan lebih lama. Berikut akan kami kongsikan serba sedikit bagaimana menyimpan kek supaya tahan lebih lama.

1. Menyimpan kek dalam bungkusan aluminium foil dan masukkan ke dalam peti sejuk.
2. Hanya potong sebahagian kecil kek untuk tujuan hidangan.
3. Kek akan lebih tahan lama jika disimpan dalam 'freezer'. Dari pengalaman lepas biasanya dalam 2/3 bulan atau lebih. Untuk makan sendiri sahaja. Kalau untuk jual kenalah yang freshly baked.
3. Jangan dedahkan kek kepada pancaran matahari secara terus. Wap akan terbentuk di dalam bungkusan dan kek akan ditumbuhi fungi atau kata lain cepat rosak.
4. Tidak digalakkan menghidang kek lapis secara bercampur. Seelok-eloknya biarkan satu kek dalam satu bekas sahaja.

Insya-Allah dengan mengikuti tips-tips di atas, kek anda akan tahan lebih lama..tapi kalau kek tu sedap sangat, kami yakin kek akan cepat habis dimakan...belum sempat simpan dalam freezer pun..

1 ulasan:

Faidhyna Darwina berkata...

sy dina..amik pendidikan bisnes kat upsi..nk wat esemen sal kek lapis srwak utk pasarkn kat negara len..p x taw bole ke kek lapis ne tahan lama? tahan lama smpai brpa bulan??